KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[BC] FUDZAIL PUBLICATION Kumpulan Puisi: Aku OKU - Mohd Fudzail Mohd Nor

RM 20.00

Tajuk: AKU OKU

ISBN: 9789672674924

Penerbit: Fudzail Publication

Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor

Tahun Terbitan: 2022

Muka Surat: 129

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.145 kg

Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.7 cm x 0.7 cm

 

 

Tepat pukul 9.15 pagi. 15 Ogos 2018 saya terkena strok. Sudah dua minggu menjaga ibu yang sakit waktu itu. Ibu saya tidak tidur malam dan selang sejam ibu asyik memanggil saya, anak lelakinya seorang. Saya tidak cukup tidur, Mungkin darah sudah naik. Angin ahmar menyerang!


Saya dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang. Apabila sedar, separuh badan sebelah kanan mati. Saya tidak boleh bangun dari katil hospital. Saya tidak kenal sesiapa. Saya lupa 100%. Saya kini OKU.


Kumpulan Puisi Aku OKU dikarang untuk mengingatkan kita semua tentang Allah SWT dan kehidupan setiap manusia dan makhluk. Tidak kira sempurna atau OKU. Kita berkongsi bersama-sama OKU di mana penulis adalah salah seorang daripada manusia yang bersyukur untuk menerima kenyataan akibat strok pada Ogos 2018.


Diskriminasi terhadap makhluk yang lemah seperti OKU dengan pandangan yang stereotaip akan menyebabkan golongan OKU akan dibiarkan. Masyarakat harus diberikan pendedahan yang sewajarnya tentang cara berinteraksi dengan OKU mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Susulan dari kesedaran rasa tanggungjawab dan sebagai OKU penulis merasa terpanggil untuk menyuarakan pelbagai keluhan agar difahami sebaik-baiknya.

Powered by Froala Editor