[BC] PTS Estim Diri Aras Tinggi (EDAT): Cara Bina Keyakinan, Keberanian Dan Estim Diri Gaya Rasul - Dr. Nabilah Hasan
Tajuk: Estim Diri Aras Tinggi
ISBN: 978-967-481-860-9
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dr. Nabilah Hasan
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 304
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.410 kg
Dimensi (cm): 22.7 cm x 15.2 cm x 1.5 cm
Setiap insan selalu menilai diri mereka sendiri dari masa ke masa. Ada masanya, dia merasakan nilai dirinya tinggi. Ada kalanya, dia merasakan nilai dirinya rendah mengikut situasi yang dihadapi olehnya. Proses penilaian berterusan dalam diri seseorang ini dinamakan sebagai estim diri.
Kita mengetahui makna estim diri secara ringkas namun hakikatnya terdapat banyak definisi estim diri kerana berlaku perbezaan pendapat mengenainya dalam kalangan pengkaji. Ini menunjukkan bahawa, estim diri ini masih samar dan perlu diperjelaskan melalui pengkajian baharu. Oleh itu, penulis mengkaji semula makna estim diri bersandarkan kajian hadith yang menjadi penjelas kepada al-Quran.
Buku ini adalah hasil daripada penulisan sebuah tesis kajian dalam bidang hadith tematik di peringkat doktor falsafah. Sesuai dibaca dalam kalangan pembaca umum terutamanya yang ingin mengetahui maksud estim diri secara jelas berdasarkan kajian hadith.
Ketahui penjelasan dan kaedah menilai estim diri anda menurut hadith melalui buku ini.