[BC] PTS Jangan Sampai Hati Mati – Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Tajuk: Jangan Sampai Hati Mati
ISBN: 978-967-481-563-9
Penerbit: PTS
Penulis: Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 278
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.380
Dimensi (cm): 22.7cm x15.5cm x1.5cm
Apabila bercakap soal hati, sudah pasti ia akan melibatkan rasa. Dari hati timbulnya rasa mahu melakukan sesuatu, tidak kira sama ada kebaikan ataupun keburukan. Kerana hati adalah seketul daging yang menjadi piawaian kebaikan seseorang. Semuanya bermula dari hati.
Masalah paling berat berlaku apabila hati sudah kematian rasa. Mati rasa bagi melakukan kebaikan. Ada yang mempunyai wang, tetapi mati rasa untuk bersedekah. Ada pula yang mempunyai banyak masa terluang, tetapi habis sia-sia tidak tahu bagaimana perlu dimanfaatkan masa untuk apa. Ada juga yang mempunyai ilmu, tapi disimpannya ilmu itu untuk diri sendiri. Mati rasa untuk berkongsi pengetahuan dengan insan lain supaya sama-sama beroleh manfaat.