[BC] PTS Mana Dalil?: Perbincangan Mengenai Kepentingan Disiplin Ilmu Agama Dan Adab – Abdul Razak Muthalib
Tajuk: Mana Dalil ?
ISBN: 978-967-481-868-5
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: A. Razak A. Muthalib
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 384
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.500 kg
Dimensi (cm): 22.7 cm x 15 cm x 1.8 cm
Dengan agama,
sebotol air RM1 dapat dijual dengan RM10.
Dengan agama,
politikus korup dapat menjadi suci.
Dengan agama,
kata-kata palsu dapat menjadi seutuh ‘hadis.’
Ada apa pada agama? Sehingga kebenaran yang suci itu mampu ditutup oleh debu-debu kepentingan. Agama itu menjadi begitu berharga bagi golongan-golongan ‘ternama.’
Agama dieksploitasi selumatnya bagi mendapat keuntungan dan kemasyhuran. Biarpun helah-helah yang dimainkan oleh mereka begitu halus, namun alat utama yang menjadi ‘penapis’ bagi segala helah ini adalah wahyu dan akal. Wahyu dapat difahami dengan metodologi dan cara fikir yang benar sementara akal adalah enjin bagi kedua-duanya.
Pemahaman yang sejahtera menjadikan masyarakat lebih yakin mengorak langkah apabila berhadapan dengan kekeliruan. Masyarakat tahu perkara apa yang perlu dipersoalkan. Tidaklah hanya tunduk dan turut sahaja.
Buku ini menghidangkan kerangka asas dalam memahami agama, kaedah asas pemahaman terhadap hadis dan adab-adab dalam mendepani satu isu. Sama ada bersikap lunak ataupun tegas. Pemahaman yang benar dapat membezakan yang mana satu bahan utama dan mana satu rencah-rencahnya. Penulis juga menyertakan kritikan-kritikan terhadap peristiwa yang berlaku pada dirinya dan masyarakat.
Ikuti perbincangannya dalam buku ini.