KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[BC] PTS Strong Mothers Strong Sons: Edisi Bahasa Melayu (Buku Parenting) - Meg Meeker / Fatimah Rodhiah

RM 37.00

Tajuk: Strong Mothers Strong Sons: Edisi Bahasa Melayu

ISBN: 978-967-481-453-3

Penulis : Meg Meeker

Terjemahan: Fatimah Rodhiah

Penerbit : PTS Publishing House

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 569

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.73 kg

Dimensi (cm): 22.8cm x 15.2 cm x 2.7 cm


Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “


Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak.


Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.


ISI KANDUNGAN

Dedikasi

Penghargaan

Perihal Pengarang

Bab 1: Ibu adalah Cinta Pertama Anak

(Tetapi Jangan Beritahu Dia)

Bab 2: Berikan Dia Kosa Kata Emosi

Bab 3: Dia Bersiap Siaga untuk Berperang (Kita Musuh yang akan Diserang)

Bab 4: Ibu adalah Rumahnya

Bab 5: Berkawan Baik dengan Tuhan

Bab 6: Hadiahkan Ketajaman Akal

Bab 7: Ibu adalah Talian Hayat Anak kepada Bapanya

Bab 8: Ibu VS Seks

Bab 9: Kebijaksanaan dan Tanggungjawab: Dua Sifat Hebat Diwarisi daripada

Ibunya

Bab 10: Lepaskan Dia Pergi (Supaya Dia akan Kembali)