[BC] PTS Tafsir Ayat Ahkam: Berdasarkan Ayat Pilihan Popular (Edisi Kemas Kini) – Zulkifli Mohd Yusof, Ph.D
Tajuk: Tafsir Ayat Ahkam- Edisi Kemas Kini
ISBN: 978-967-481-562-2
Penerbit: PTS
Penulis : Zulkifli Mohd Yusof
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 487
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.64
Dimensi (cm): 22.5 x 15 x 2.5
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhi setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.