[BC] RIMBUNAN PUBLICATION Tahniah Anda Bakal Ibu (Buku Parenting) - Hanz Jamaludin
Tajuk: Tahniah Anda Bakal Ibu
ISBN: 9789672458470
Penerbit: Rimbunan Publishing House Sdn Bhd
Penulis: Hanz Jamaludin
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 149
Format: Softcover
Berat (kg): 0.175
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.9cm
Kita sering mendengar umum bercakap perihal rasa takut dan gelisah seringkali mendatangi bakal ibu tatkala melahirkan zuriat, kerana dikatakan proses melahirkan amat menyakitkan.
Maka, buku ini dikarang khusus untuk mereka yang akan melalui pengalaman itu buat kali pertama.
Buku ini memuatkan pelbagai tip dan panduan pengurusan kehamilan, bersalin, dan berpantang kali pertama bagi bakal ibu. Ia merangkumi pengurusan emosi, diet, tubuh badan dan penampilan, gejala alahan, serta keperluan penting untuk bersalin.
Perkongsian ini diolah dengan santai bagi membantu memudahkan pemahaman pembaca, sekali gus membimbing para bakal ibu dan bapa melalui momen ini sambil melakar memori indah.