[GB] THE PATRIOTS Kitab Tamadun Mongol - Amir Asyraf Alwi
Penulis: Amir Asyraf Alwi
Tahun terbitan: 2021
ISBN: 9-789672-437246
Muka Surat: 515
Berat: 0.7 kg
Empayar Mongol lahir daripada usaha menyatukan kaum-kaum nomad menjadi sebuah persekutuan gabungan beberapa suku dan klan nomad padang rumput Mongolia di bawah kekuasaan Genghis Khan. Sebut tentang bangsa Mongol, pasti banyak pandangan menggambarkan mereka sebagai kuno, tidak bertamadun, barbarik dan kejam. Namun kita gagal memahami satu hakikat ini; dalam sejarah dunia, tidak ada satu pun kuasa-kuasa besar atau empayar agung yang pernah muncul dalam sejarah tanpa menumpahkan darah bangsa lain.
“Aku adalah azab daripada tuhan. Sekiranya kamu tidak melakukan dosa besar, tuhan tidak akan menjatuhkan hukuman seperti aku ke atas kamu.” – Genghis Khan
Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang membina kuasanya dengan cara penaklukan yang kejam dan menakutkan, tetapi dalam hal ehwal pemerintahan, mereka boleh dikatakan sangat profesional, berfikiran terbuka dan sangat inovatif. Mongol menjadi jurutera penting yang memanfaatkan setiap teknologi yang pernah dicipta oleh manusia.
Bagi menjelaskan perihal faktor penaklukan dan bagaimana berdirinya peradaban yang berasal dari padang rumput yang luas, banyak perkara yang perlu difahami terlebih dahulu. Ia merangkumi pelbagai faktor sama ada dalam konteks rasional dari segi ekonomi hinggalah dalam bentuk kepercayaan rohaniah seperti mandat daripada tuhan.
Oleh itu, Kitab Tamadun Mongol akan membawa pembaca menelusuri kembali sejarah bangsa pemanah berkuda ini bermula daripada kejatuhan para pendahulu mereka, kelahiran dan kebangkitan konfederasi Mongol yang bersatu, perpecahan dan perang saudara yang melahirkan beberapa negeri-negeri Kekhanan kecil hinggalah berakhirnya era Khagan-khagan Mongol yang ditelan arus zaman.
Isi Kandungan:
BAHAGIAN I: SEJARAH
BAB 1: Menjejak Bangsa Nomad
BAB 2: Leluhur Bangsa Mongol
BAB 3: Genghis Khan
BAB 4: Pax-Mongolica
BAHAGIAN II: TRADISI
BAB 5: Seni Peperangan Mongol
BAB 6: Pelaksanaan Hukuman Bunuh
BAB 7: Perpecahan Empayar Mongol
BAB 8: Kesan Penaklukan Mongol Terhadap Dunia
BAB 9: Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
BAB 10: Tradisi Helang Pemburu
BAHAGIAN III: TOKOH DAN PERISTIWA
BAB 11: Khan dan Tokoh-tokoh Penting
BAB 12: Tiga Panglima Terulung Genghis Khan
BAB 13: Kheshig – Unit Pengawal Khas Elit Khan Mongol
BAB 14: Kempen-kempen Ketenteraan yang Penting
BAB 15: Mongol Dan Islam
BAHAGIAN IV: KEJATUHAN
BAB 16: Fasa Kemerosotan-Kejatuhan
BAB 17: Legasi Empayar Mongol
Powered by Froala Editor