4 BULAN DI AMERIKA (JILID 1). oleh Buya Hamka [JEJAK TARBIAH][RAK F4]
4 BULAN DI AMERIKA (JILID 1)
Hanya 4 bulan Hamka di negeri Dolar ini. Hampir semua kota-kota besar kenamaan yang ditinjaunya. Pelbagai universiti, gereja dan taman yang indah diziarahi.
Diperhatikannya perkembangan agama satu demi satu di “Dunia Baru” itu.
Sehinggalah tiba saatnya, beliau berjumpa dengan orang yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Melihat dari dekat orang-orang filem di Hollywood dan hakikat sebenar bintang-bintang popular perfileman di sana. Begitu juga dengan persoalan tentang Negro yang masih belum selesai di Amerika Syarikat.
Banyak lagi yang ditemukan. Banyak lagi isu yang dibicarakan.
Sebab kata Buya HAMKA, “saya pergi ke negeri Arab khususnya Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, sudah sepatutnya saya melawat ke Amerika untuk mencari sumber kekuatan akal.”
4 Bulan di Amerika, Jilid 1 lebih tentang pandangan perjalanan HAMKA sepintas lalu, tentang tempat-tempat yang diziarahi, universiti yang dimasuki dan gereja yang didatangi.