KUTUKAN DARI LANGIT
SASTERAWAN NEGARA
ARENA WATI
Kehilangan sebuah patung milik peribadai yang sangat disayanginya menyebabkan Ratina mendakwa Patigo, lelaki yang sangat dicintainya hingga ke tua ke muka pengadilan atas tuduhan mencuri patung. Pada masa yang sama, Patigo turut mendakwa Ratina dengan tuduhan tertentu. Dalam perbicaraan tersebut, Ratina selaku plantif dan Patigo selaku defendan, dan sebaliknya telah mengemukakan hujah yang menggemparkan mahkamah dan warga Doinensia untuk memperkukuh dakwaan mereka. Dalam pebicaraan itu juga, pihak jaksa, iaitu pendakwa raya dan pihak peguam bela telah membongkar kisah nostalgia Ratina dan Patigo yang mengejutkan para hakim ketika kedua-duanya masih kecil, remaja, dewasa dan berstatus warga emas dalam pendakwaan dan pembelaan masing-masing. Mengapakah Ratina mengheret Patigo ke muka pengadilan? Apakah hujah yang menggemparkan mahkamah dan masyarakat Doinensia dalam kes Ratina lawan Patigo dan kes Patigo lawan Ratina? Perbicaraan yang menarik ini juga turut membongkar kepincangan sistem pemerintahan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berwewenang dalam negara Doinensia. Drama ini wajar dibaca oleh pegawai penguat kuasa, pegawai kehakiman, pegawai perundangan, peguam dan sesiapa sahaja yang mencintai keadilan dalam sisitem perundangan dan kehakiman dalam negara maisng-masing.