KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
372832567_855868652570509_4038774790723418252_n

LANGIT PETAN. oleh A. Samad Said[HELMYSAMAD][RAK D104]

RM 35.00

A. Samad Said dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka pada 8 Februari 1932. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dan kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Singapura.

A. Samad Said pernah berkhidmat di Hospital Umum Singapura sebagai kerani dan kemudiannya menjadi pengarang di beberapa buah akhbar seperti Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times, penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Pengarang Berita Harian. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau sebelum menjawat jawatan Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

Kecenderungannya terhadap kesusasteraan sejak sekolah rendah, dan gemar membaca karya-karya besar dunia memungkinkan beliau melahirkan karya pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, novel remaja dan kanak- kanak, drama, esei dan kritikan, autobiografi serta genre umum sehingga dianugerahkan Pejuang Sastera (1976), panel Anugerah Sastera (1979), Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards; 1979), Sasterawan Negara (1985), Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darussalam (1993) dan beberapa anugerah lain.

Antara novel yang dihasilkan ialah Salina (1961), Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri (1966), Sungai Mengalir Lesu (1984), Di Hadapan Pulau (1978), Adik Datang (1980), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan Cinta Fansuri (1994).