KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
margarett

MARGARETTA. oleh Hamka [JEJAK TARBIAH][RAK F5]

RM 25.00

Kehidupan Margaretta yang miskin dan serba-serbi tidak cukup memaksa dirinya ke lembah hina. Demi mendapatkan sehelai pakaian dan sepotong roti, Margaretta terpaksa menjual kehormatannya. Sehingga dia bersumpah akan membenci seluruh kaum lelaki. Namun pertemuannya dengan seorang lelaki pemuda bernama Armand membuka hatinya. Lalu, bermonologlah Margaretta bersendirian.

“Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu.”

Karya asal bagi kisah ini ditulis oleh seorang novelis Perancis iaitu Alexandre Dumas Junior dengan judul La Dame aux Camelias (The Lady of the Camellias) pada tahun 1848. Kemudian sasterawan Mesir, Mustafa Lutfi al-Manfaluti menterjemah karya ini ke dalam bahasa Arab dan meringkaskannya supaya sesuai dengan pembaca Muslim dengan judul al-Dahiyya (The Victim) dan Mudhakkirat Margarit (The Memoirs of Marguerite).

Seterusnya daripada naskhah Arab al-Manfaluti, HAMKA menterjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia dan diberi judul Margaretta Gauthier.