KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Sungai-Nil-COVER-scaled

MENYUSURI LEMBAH SUNGAI NIL. oleh Hamka [JEJAK TARBIAH][RAK F5]

RM 35.00

“….yang penting ialah kerjasama kebudayaan, kerjasama menjaring dan menapis buah fikiran Barat supaya sesuai dengan jiwa kita.” – HAMKA

Di sebalik desir-desiran pasir sahara yang dihembus pawana, dengan simbahan terik mentari yang membentuk fatamorgana. Lembangan Sungai Nil yang mengalir di Mesir menjadi saksi bisu pelbagai peristiwa tumbuh dan layu pada pinggirannya.

Mesir, menjadi suatu tempat yang sudah begitu lama ingin HAMKA kunjungi. Pengembaraan beliau ke Mesir diiringi bersama impian yang tersimpan rapi dalam jiwanya, menyaksikan segala nyata yang dahulunya berlindung di sebalik kata.

Di sana beliau merenungi akan khazanah purbakala dan kebudayaannya yang bitara, ditemukan alim sarjana mahupun pujangga yang bait katanya menusuk rasa, menziarahi kota yang memberi seribu makna. Di atas lembah bersejarah ini HAMKA mengarang Menyusuri Lembah Sungai Nil, meninjau segala perkara yang menuju budi pekerti dan membangkitkan kekuatan peribadi.