PEMIKIRAN POLITIK ISLAM: PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN DR. BURHANUDDIN AL-HELMI DENGAN MUHAMMAD NATSIR | Mohammad Muzammil Mohamad Noor
Judul: Pemikiran Politik Islam: Perbandingan Antara Pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Helmi Dengan Muhammad Natsir
Pengarang: Mohamad Muzammil Mohamad Noor
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Islam & Politics
Mukasurat: 384 Halaman
Cetakan Pertama: 2015
ISBN: 9789834901615
Penulisan buku ini menjurus kepada perbandingan tentang dua orang tokoh politik dan nasionalis Malaysia dan Indonesia iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Muhammad Natsir. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa kedua-dua tokoh ini merupakan tokoh pemikiran politik-agama yang progresif pada zaman kolonial sehinggalah negara masing-masing mencapai kemerdekaan.
Buku ini ditulis kerana, tokoh-tokoh ini mempunyai perjuangan dan peranan yang besar dalam pemikiran politik Islam semasa zaman penjajahan di negara masing-masing. Mereka merupakan tokoh pemikir Islam yang disegani di Nusantara dan pejuang kemerdekaan di tanah air masing-masing yang telah mencipta sejarah tersendiri. Mereka menterjemahkan perjuangan dan pemikiran dalam bentuk penulisan serta penyertaan dalam pertubuhan sosial, agama serta politik. Semoga hasil penulisan dan ilmu daripada penulis ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.