KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Pengikut-Yang-Merosakkan

PENGIKUT YANG MEROSAKKAN. oleh Syaari Ab Rahman [JEJAK TARBIAH][RAK F5]

RM 28.00

“Telah datang satu zaman, perkataan seseorang dianggap sebagai satu kebenaran hanya kerana ukuran perkataan itu bergantung kepada besarnya jumlah like, view, share, retweet dan seumpamanya lagi. Dunia apakah ini?”

Ringkas. Tapi ini yang banyak berlaku dewasa ini.

Tak tahu kenapa, tapi kita mudah terpedaya dengan begitu.

Mengagungkan seseorang semakin ketara kita lihat. Mana-mana influencer seolah berbangga dengan sejumlah follower yang ramai, hingga ada ketika alpa dan leka dengan keseronokkan dunia. Membuat sekian konten hanya untuk meraih sejumlah likes, komen dan follower tanpa sedar ia bakal membawa bencana tanpa sedar. Fitnah dunia dan dengki sana sini.

Sentiasalah beringat,

“Walhal kebenaran itu tidak dilihat kepada jumlah angka pengikut namun kebenaran dilihat kepada penyampai itu sendiri, benar ataupun tidak dalam penyampaian risalah.”

Naskhah hasil nukilan Ustaz Syaari Ab Rahman ini merupakan satu kompilasi merangkumi 30 pesanan khas buat diri kita semua dan boleh juga menjadi suntikan atau jentikan pada hati masyarakat agar tidak mudah terpedaya, alpa serta berbangga-bangga dengan ramainya jumlah followers di media sosial.