PERJALANAN TERAKHIR BUYA HAMKA. [JEJAK TARBIAH][RAK F4]
Buya suka berjalan, dan ini adalah “perjalanan terakhir” beliau..
Seorang Buya Hamka, hidup pun dijadikan biografi dan autobiografi – mati pun menjadi biografi.
Bak kata beliau sendiri,
“Ada orang yang hidup. sampai tubuhnya di dalam kubur. sampai tulang hancur di dalam tanah, namanya dan hidupnya pun turut habis dengan tubuhnya. tidak menjadi peringatan orang lagi. Sebab hidupnya tidak berhaluan.
Ada pula orang yang tambah hilang jasmaninya. tambah timbul kehidupannya. tambah digali orang, tambah diperiksa orang. diselidiki dan ditilik. Sehingga kian habis badannya itu, kian hidup namanya.”
Perjalanan Terakhir Buya Hamka mengisahkan saat-saat terakhir perjalanan beliau yang amat mengharukan itu. Ia lengkapi dengan catatan dan kenangan daripada para sahabat dan murid-murid almarhum dari pelbagai profesion baik ulama, cendekiawan, ahli politik, sasterawan, generasi muda sampai kepada orang awam atau rakyat biasa yang merasa dekat dengan almarhum.
Ia berupa pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti ataupun kepemimpinan selama hayatnya.