PUTERA GUNUNG TAHAN | Ishak Haji Muhammad
Judul: Putera Gunung Tahan
Pengarang: Ishak Haji Muhammad
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre: Novel Sejarah
Mukasurat: 110 Halaman
Cetakan Pertama: 2014
ISBN: 9789830689531
Cintanya terhadap bangsa dan tanah air terlalu besar. Kerana itu, dia sanggup mengorbankan segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman kolonial dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu hidup dan berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah payah dan derita lara yang ditanggung mereka.
Dia bukan sahaja seorang wartawan yang berkebolehan, tetapi seorang penulis berbakat. Bakatnya digunakan untuk menyedarkan dan meniupkan semangat memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Kebetulan pada waktu dia giat dalam lapangan penulisan, semangat kebangsaan sudah mula menampakkan riaknya.
Lahirlah beberapa buah novelnya, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novelnya yang terkuat dan berkesan. Novel-novel tersebutlah yang mengharumkan namanya sebagai novelis ulung pada zamannya. Kedua-dua novel itu mencerminkan pandangan dan cita-citanya sebagai seorang patriot dan sasterawan.
Itulah Ishak Haji Muhammad yang ketokohannya dalam dunia sastera Melayu tidak dapat dinafikan lagi.