SI SABARIAH. oleh Hamka [JEJAK TARBIAH][RAK F4]
Si Sabariah mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi dilema ketika harus memilih antara dua pilihan, iaitu bercerai dengan suaminya (Pulai) atau memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibunya (Sariaman).
Ia sebuah kisah cinta tragis. Ala-ala kisah Romeo dan Juliet versi Sumatera-Nusantara. Kisah cinta yang tersepit akibat ketamakan. HAMKA seperti biasa dengan bahasanya yang puitis tidak hanya menyorot kisah bertemakan cinta tetapi turut membawakan citra adat budaya Minangkabau dalam naskhah langka ini.
Karya ini merupakan novel pertama HAMKA yang dikarang olehnya sekitar usia 20-an.
Novel ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Selain itu, novel ini turut mengandungi dwibahasa di mana bahagian pertama dalam bahasa Melayu dan bahagian kedua dalam bahasa Minang.