KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

UNCLE KENTANG: SEMENTARA KU DI SINI

RM 33.00

CINA GILA

Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jenazah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.

 

MEWARISI "KEGILAAN" AYAH

Uncle Kentang memang nekad untuk jadi "gila". Dia mahu menolong orang sehingga orang memanggil dia gila. Dia mewarisi kegilaan ini daripada ayahnya yang sangat suka menolong orang tanpa memikirkan diri sendiri.

Pada saat kematian ayahnya, mereka tidak mampu menyediakan keranda & tidak mampu menyewa ambulans untuk membawa mayat ayahnya.

Saat itulah dia berjanji kepada diri sendiri untuk menyediakan van jenazah dan ambulans untuk orang yang tidak mampu.

 

KENTANG INITIATIVES

 

1) Ambulance 10 sen.

2) Van Jenazah RM1.

3) Cuci Luka Percuma.

4) Kaki Palsu Percuma.

5) Teksi 10 Sen.

6) Shuttle Percuma KLIA ke Hospital.

7) Rumah RM1.

8) Library 10 Sen.

9) Makanan Percuma.

10) Dapur Umum Percuma.

11) Tuition Percuma.

12) Pasar 10 Sen.

 

ABANG GEMUK JADI UNCLE KENTANG

Dulu mana ada media sosial nak hebahkan bantuan supaya lebih ramai orang dapat dibantu. Orang pun tak kenal sebab dia bagi bantuan & tak pernah beritahu nama. Jadi, dia dipanggil sebagai "Abang Gemuk" sahaja.

Dia bukan mubaligh Kristian, bukan wakil kerajaan atau pembangkang. Dia bergerak atas dasar kemanusiaan.

Bagaimana pula Abang Gemuk ini boleh bertukar jadi Uncle Kentang? Kisahnya ada di dalam buku ini.

 

INSPEKTOR POLIS & MAT BUNGA

Pasti ramai yang tak tahu, Uncle Kentang adalah bekas inspektor polis & pernah berkhidmat selama 6 tahun. Selepas itu, dia membuka sebuah kedai bunga dan berniaga lebih 18 tahun.

Di sini tersimpan rahsia bagaimana beliau kenal rapat dengan ramai VIP yang banyak memberi sumbangan & sokongan.

Kisah hidup beliau sebagai Uncle Kentang juga bermula di kedai bunga ini. Sangat menarik untuk diketahui.

 

JAGA KAWAN-KAWAN

“Uncle Kentang, you hidup senanglah. Macam mana you buat?”

Saya hanya jawab,

"Saya jaga kawan-kawan saya dengan baik. Apabila saya jaga mereka, mereka akan jaga saya kembali. Sebab itu saya senang."

Turut didedahkan di dalam buku ini, bagaimana Uncle Kentang boleh hidup senang, dapat untung dan mampu menyumbang balik kepada masyarakat. Kebanyakannya datang dari kawan-kawan.

Siapakah kawan-kawan Uncle Kentang?

 

SEMENTARAKU DI SINI

"Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia."

Tugasnya belum selesai. Banyak lagi yang harus dipikul dan diselesaikan sementara badan masih bernafas.

Kenapa buku ini ditulis?

Kenapa Uncle Kentang perlu berkongsi kisah hidupnya?

 

KENAPA PERLU DAPATKAN BUKU INI?

Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya. Kisah benar penuh inspirasi. Kegilaan seorang manusia untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan. 

 

PERMUDAHKAN, JANGAN SUSAHKAN

 

Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain.

 

Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.

 

SIAPA BELIAU?

Kuan Chee Heng (Uncle Kentang)

 

SEBUAH KISAH PERIT

Uncle Kentang dilahirkan pada 16 Februari 1963 di Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor. Ayah dan ibu adalah penoreh getah yang miskin. Ayah beliau mempunyai 10 orang anak termasuk Uncle Kentang.

Beliau adalah anak kesembilan daripada isteri kedua ayahnya. Pelbagai kisah suka duka Uncle Kentang dituliskan dalam buku ini. Dari kisah budak kampung yang dihina, dicaci, diherdik, dan diketepikan sehingga menjadi usahawan, dermawan, dan sukarelawan, yang terkenal. Ini merupakan kisah-kisah benar yang banyak mengajar dan mendidik kita agar sentiasa siap membantu mereka yang susah.



PESAN UNCLE KENTANG

Permudahkan urusan orang lain, bantulah mereka dan apabila kamu sendiri, ingat Tuhan sentiasa ada.

Namun, jangan biarkan diri terlalu lama sendiri. Ajak orang lain untuk sama-sama membantu. Ada ketika kita akan ramai, ada ketika kita akan kembali sendiri.

Jangan risau, Tuhan ada. Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia.