KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
cari_1

CARI AKU DI HUJUNG NAFAS [RAK TV]

RM 25.00

Buku ini macam novel, tapi bukan novel. Kisah benar. Cerita dalam cerita, yang anda tidak dapat menduga apa yang akan anda baca pada ayat berikutnya, halaman berikutnya, bab berikutnya, juga bagaimana buku CADN ini akan berakhir. Tetapi ia diolah sebegitu bukan tanpa sengaja, sebaliknya dengan satu falsafah yang hanya pembaca akan faham selepas menyudahkan buku ini. Jangan jangkakan ada akan membaca ayat-ayat romantis yang panjang berbunga-bunga. Tidak ada. Yang ada ialah tulisan lucu dan pantas, digabungkan dengan emosi serta imaginasi. Punchlinenya hadir tepat pada waktu, ringkas dan tajam. Anda akan merasa impaknya. Buku ini adalah buah tangan pertama Zulkarnain selepas penutupan majalah Mastika pada hujung 2018. Jika anda pembaca Mastika dan merindui tulisan beliau, dapatkan buku ini. Tetapi tidak seperti di Mastika, buku ini diolah oleh Zulkarnain dengan bentuk, falsafah penulisan dan gayanya yang tersendiri, tanpa meniru penulis lain. Jangan terkejut jika selepas ketawa, tiba-tiba anda berasa sebak dan kemudian menitiskan air mata.

Sahabat... buku ini penuh emosi dan imaginasi.