KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
musim_sejuta_warna_c_39gyy2g7z3o46dwqhl2w

MUSIM SEJUTA WARNA. oleh Rin Azrina [METRO MEDIA][RAK D105]

RM 50.00

Cinta adalah kesungguhan untuk memiliki. Bukan sekadar retorik atau hanya simbolik. Namun, perempuan sering terperangkap dalam ego seorang lelaki. Apalah erti menaruh hati, andai tidak berani memperjuangkan cinta. Jika benar-benar cinta, mengapa harus melangkah pergi begitu sahaja meninggalkan insan yang mencintai sepenuh hati.

Itulah seiuta warna dalam musim-musim kehidupan yang dilalui seorang perempuan bernama Nalia Airani. Walaupun sukar dunia hendak menerima andai perigi yang mencari timbanya, cintanya hanya milik Muzairi. Dia ingin setia pada suami tercinta, tetapi bagaimana andai suami itu pula curang di belakangnya? Saat dia menjadi mangsa keegoan Muzairi, haruskah dia terus ikhlas bersahabat dengan Shamrin? Realitinya, bolehkah lelaki dan perempuan sekadar bersahabat baik?

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi wanita solehah. Sukar juga menjadi lelaki yang bisa merintis jalan ke syurga bersama seluruh ahli keluarganya. Apabila terperangkap dalam permainan syaitan, hanya kekuatan iman bisa menjadi benteng pertahanan.