CERITERA-CERITERA DARIPADA SULALAT AL-SALATIN | Nik Safiah Karim
Judul : Ceritera-Ceritera Daripada Sulalat Al-Salatin
Pengarang : Nik Safiah Karim
Penerbit : Yayasan Karyawan
Genre : Sejarah
Mukasurat : 169 Halaman
Cetakan Pertama : 2017
ISBN : 9789839510386
Sulalat al-Salatin adalah Karya Agung bangsa Melayu yang ditulis pada abad ke-17 pada zaman Kesultanan Johor Lama. Buku ini adalah versi Sulalat al-Salatin yang disusun dan ditulis semula dalam bahasa Melayu moden untuk lebih mudah difahami dan dihayati oleh generasi muda dan pembaca awam. Daripada 31 bab dalam versi asal, kini menjadi 26 bab dalam urutan cerita yang lebih tersusun dan menarik hati. Sulalat al-Salatin mementingkan salasilah yang menggambarkan jurai keturunan raja-raja Melayu di Melaka yang berasal dari Bukit Seguntang Mahameru di Palembang. Digambarkan adat dan istiadat kerajaan Melayu Melaka seperti istiadat mengadap raja dan pakaian raja dan para pembesar istana. Kisah pergolakan 'politik' dalam istana Melaka dan serangan Portugis (Feringgi). Diharap para pembaca akan dapat menghayati semangat dan jiwa bangsa Melayu yang mendasari penghasilan Karya Agung ini.
Buku ini, Ceritera-ceritera daripada Sulalat al-Salatin, mengandungi cerita-cerita yang menarik dalam buku Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu, yang ditulis kembali dalam bentuk bahasa Melayu moden. Tujuannya adalah bagi memudahkan masyarakat semasa, terutama golongan remaja, memahami dan menghayatinya. Sejarah Melayu sesungguhnya sebuah karya besar dan wajar sekali didedahkannya kepada generasi masa ini agar dapat mereka berkenalan dengan sebuah khazanah lama yang amat bernilai.