HIKAYAT INDERAPUTERA
KARYA AGUNG
Hikayat Inderaputera sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang sangat terkenal pada abad ke - 17 dab ke - 18, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh,Jawa,Lombok,Bugis,Makasar,Cam (Kemboja) dan Mindanao (Filipina). Hikayat ini juga disebut dalam karya agung Melayu yang lain, iaitu Bustan al-Salatin dan Sirat al-Mustakim (karangan Nuruddin al- Raniri), juga dalam Taj al-Salatin (karangan Bukhari al-Jauhari). Menurut pengkaji, 30 naskhah hikayat ini diketahui masih ada dalam simpanan perpustakaan di Belanda, England,Perancis,Jerman,Belgium,Sri Lanka,Indonesia dan Malaysia. Dua contoh faksimile, iaitu (a) MS F tersimpan di Jakarta, dan (b) MS K tersimpan di Leiden. Naskhah dasar yang digunakan dalam kajian ini adalah MS I, naskhah tertua yang paling lengkap bertarikh 29 Rejab 1111H (20 Januari 1700M) yang tersimpan di Leidan, Belanda