HIKAYAT MISA MELAYU
RM 120.00
KARYA AGUNG
Hikayat Misa Melayu yang tersimpan di Cambridge University Library (MS Or.832) bertarikh 21 Disember 1909. Manuskrip ini merupakan pemberian Sultan Idris Murshidul'Azam Shah (1887-1916) kepada R.J.Wilkinson yang kemudiannya diserahkan pula oleh R.J.Wilkinson kepada Cambridge University Library pada tahun 1910. Pada halaman pertama MS Or. 832 tersebut terdapat catatan "bahawa inilah Hikayat Misa Melayu Sultan Idris ibn Almarhum Iskandar Shah iaitu Keturunan Peraturan Istiadat Segala Raja-Raja Yang Kerajaan Negeri Perak.
×
×
×