KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
DI BAWAH KERDIP LAMPU, DI ATAS PENTAS ITU.jpg

DI BAWAH KERDIP LAMPU, DI ATAS PENTAS ITU | Nor Azah Abd Aziz

RM 22.50

Judul : Di Bawah Kerdip Lampu, Di Atas Pentas Itu
Pengarang : Nor Azah Abd Aziz
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 237 Halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117641

Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004, iaitu: 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah rencana sastera, dan sebuah kajian sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang mapan, di samping pengarang generasi baru.

Karya-karya yang multigenre itu memperlihatkan kecenderungan memilih subjek tentang penanjakan kerohanian serta kegemilangan bangsa dan jati diri, diseraya dengan mesej mempertahan dan memperjuangkan moraliti dalam kehidupan. Karya-karya tersebut terhantar secara bervariasi, dari segi bentuk dan teknik; dengan bahasa yang mantap; disarati muatan ilmu; diselit unsur kecindan, ironi, sinikal; mencuit sukma dan menguja daya taakulan.

Puisi "Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu" yang menjuduli antologi ini menayang layar, menterjemah butir dusta peluru terampuh menghunjam peribadi.


KANDUNGAN:

Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera

CERPEN

  1. Aku dan Sang Raja - S.M. Zakir
  2. Nyanyuk - Nora
  3. Kerusi - Saifullizan Yahaya
  4. Perspektif - NF Abdul Manaf
  5. Sebatang Tualang untuk PM - Saroja Theavy Balakrishnan
  6. Pertentangan - Lee Keok Chih
  7. Alkisah Buraq Si Kecil - Zainal Rashid Ahmad
  8. Hikayat, Pulau dan Lelaki - S.M. Zakir
  9. Memintas al-Qadr - Ibnu Ahmad Al-Kurauwi
  10. Musang - Muhammad Lutfi Ishak

PUISI

  1. PANTUN WASPADA - Abdul Halim "R"
  2. Ini Tanah Kita - Salman Sulaiman
  3. Ceritera dari Rumah Kegelapan - Ihsan Noorzali
  4. Di Bawah Kerdip Lampu, di Atas Pentas Itu - Sahrunizam Abdul Talib
  5. Serambi 77 (Usia Emasku) - Nora
  6. Mencari Srikandi - Muhammad Lutfi Ishak
  7. Percakapan Puisi buat Tuan Presiden - Nilamsuri
  8. Ranting - Hilmi Rindu
  9. Sepohon Lontar Tumbuh Terasing di Kampungku - Rahimidin Zahari
  10. Jeritan Fakir - Marjan S

KAJIAN & RENCANA SASTERA

  1. Kecenderungan Baharu dalam Kajian Budaya: Memecah Hegemoni Modenisme - Noriah Taslim
  2. Apakah Bahan yang Anda Baca? - Arena Wati
  3. Usman Awang dan Puisi Kontemporari Malaysia - Kemala