MANIKAM KALBU | Faisal Tehrani
Judul : Manikam Kalbu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 364 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789836296788
SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi sayembara ini, DBP menggalakkan golongan penulis tanah air memfokuskan pemikiran mereka tentang evolusi masyarakat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Melalui sayembara ini juga, karya para pemenang dapat dijadikan bahan bacaan dan kajian tentang masyarakat negara Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.
Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungannya yang cermat dikenakan. Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.
Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam. - Panel Hakim