Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) oleh Mohd Liki Hamid et al.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Mohd Liki Hamid, Mohamad Khadafi Hj. Rofie, Afifah Abu Yazid, Azman Md Zain, Khairiah Mohd Yassin, Kamarudin Ahmad, Makueta Hayiwaesorhoh, Mohd Akram Dahaman@Dahlan, Mohd Nizho Abdul Rahman, Muhammad Ahmad, Muhamad Amar Mahmad, Rafidah Mohamad Cusairi, Shukri Ahmad, Solahuddin Abdul Hamid & Syahrul Faizaz Abdullah, 2018 ISBN 978-967-2064-87-9, 219 hlm., Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan falsafahnya. Buku ini menumpukan kepada perkembangan Tamadun Islam serta interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Ia juga menonjolkan Tamadun Islam sebagai contoh utamanya. Buku ini menepati sukatan pelajaran pengajian Tamadun Islam dan Asia yang diwajibkan kepada para penuntut di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Buku ini bertujuan untuk mempercambahkan perbincangan berkaitan ilmu ketamadunan di institusi pengajian tinggi dan membuka minda penuntut tentang pengajian dunia dan memahami aspek-aspek penting ilmu ketamadunan. Pengajian ini juga akan merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. Setiap bab menyentuh tentang aspek-aspek penting ketamadunan termasuklah sejarah, agama dan falsafah, tradisi dan budaya asli serta kedatangan Barat dan pengaruhnya. Buku ini juga mampu memberi pengetahuan dan gambaran betapa masyarakat Asia umumnya dan masyarakat Islam serta masyarakat Melayu khususnya telah pun mempunyai tamadun sendiri yang unggul dan sesuai dengan keadaan semasa. Oleh itu, diharap buku ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman yang baik tentang keseluruhan konsep dan ilmu ketamadunan.