KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
Screen Shot 2020-04-16 at 10.38.28 PM.png

Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga oleh Siti Rozaina Kamsani et al.

RM 35.00

Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan  Keluarga Siti Rozaina Kamsani, Noor Azniza Ishak, Nabisah Ibrahim, 2019 ISBN 978-967-2210-15-3, 199 hlm., RM35.00 Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang kes-kes yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori kaunseling perkahwinan dan keluarga diaplikasikan dalam setiap kes yang dikongsi bersama kaunselor. Perkongsian kes yang bijaksana ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada kaunselor, lay counselor, penolong kaunselor, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu isu keluarga dan perkahwinan. Buku ini telah ditulis secara sistematik bersesuaian dengan pelajar yang baru mempelajari kaunseling keluarga mahupun yang mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan kaunseling untuk lebih memahami kes-kes keluarga dengan mengguna pakai teori-teori yang bersesuaian. Buku ini menghidangkan para pembaca dengan pelbagai resolusi berpandukan teori yang berkaitan dengan keluarga dan rumah tangga. Walau bagaimanapun, resolusi ilmiah ini bukanlah satu cara yang mutlak tetapi dipertimbangkan sebagai panduan kepada pihak yang berkaitan.