PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA KETIGA/THIRD LANGUAGE TEACHING AND LEARNING oleh Lee Hui Ling et al.
RM 66.00
Buku Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga merupakan rangkuman 10 kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Wacana Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga PBI pada 26 Oktober 2018 dan 30 Oktober 2018. Buku ini mengandung 12 bab yang membincangkan kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kajian ini dijalankan berdasarkan pengalaman tenaga pengajar mengajar pelajar yang mengambil bahasa asing sebagai bahasa ketiga seperti yang ditawarkan di UMK. Buku ini menjadi platform bertulis untuk berkongsi pengalaman dan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga. Buku ini sesuai dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada tenaga pengajar bahasa ketiga atau bahasa asing dan juga pelajar yang berminat untuk belajar bahasa asing. |
×
×
×