Sejarah dan Perkembangan Ibadah Haji oleh Ahmad Yumni Abu Bakar et al.
Sejarah dan Perkembangan Ibadah Haji Ahmad Yumni Abu Bakar, Suhaida Abu Bakar & Mardzelah Makhsin ISBN978-967-2210-03-0, 86 hlm., RM28.00 Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya. Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah. Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Saleh a.s., Nabi Musa dan ibadah haji zaman masyarakat Arab Jahiliah serta kewajipan ibadah haji pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kefardhuan pelaksanaan ibadah haji telah lama diwajibkan cuma tatacara pelaksanaannya sahaja yang berbeza-beza. Buku ini telah menerangkan mengenai beberapa penemuan saintifik oleh para saintis bukan Islam dan Islam dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah. Penemuan ini amat baik untuk kesihatan fizikal dan spiritual seperti contoh ibadah tawaf dan sai. Penemuan saintifik dalam air zamzam yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia.