KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
USM Leptospirosis.jpg

Modul Intervensi Promosi Kesihatan Leptospirosis oleh Aziah Daud

RM 20.00

Apakah penyakit leptospirosis?

Bagaimanakah penyakit ini tersebar?

Apakah tanda dan gejala penyakit ini? 

Modul Intervensi Promosi Kesihatan Leptospirosis memberi panduan dalam menjawab semua persoalan ini. Buku ini merangkumi pengenalan kepada leptospirosis, risiko jangkitan, diagnosis dan rawatan, serta pencegahan dan kawalan mengenai penyakit leptospirosis. Setiap satunya dijelaskan secara terperinci di dalam empat skop. Selain itu, terdapat beberapa contoh penggunaan aktiviti yang bersesuaian untuk dilakukan oleh penyampai maklumat kepada orang awam.

Ia sesuai dijadikan rujukan bagi kakitangan perubatan serta mana-mana individu berkepentingan yang terlibat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit melalui cara penyampaian maklumat yang mudah, cepat dan tepat. Dengan olahan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum.