KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
CERITA SAYA- MEMOIR SEHINGGA TAHUN TRAGEDI 13 MEI 1969.jpg

CERITA SAYA: MEMOIR SEHINGGA TAHUN TRAGEDI 13 MEI 1969 | Anwar Ridhwan

RM 50.00

Judul : Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei 1969
Pengarang : Anwar Ridhwan
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Sejarah
Mukasurat : 381 Halaman
Cetakan Pertama : 2018
ISBN : 9789674607685

“Ingat, nanti hubungan kamu dengan kawan-kawan sekampung berada dalam tiga keadaan. Pertama, ada yang agak selalu kamu temui lagi hingga kamu tua kalau panjang umur. Kedua, ada yang akan jarang-jarang kamu temui lagi, kerana membawa haluan masing-masing. Ketiga, akan ada yang tak akan kamu temui lagi, atas sebab-sebab yang hanya Allah mengetahuinya.” - Ayah.

“Sehari dua ini, pergi jumpa beberapa orang tua kampung. Pergi jumpa Haji Sulaiman, imam kampung ini. Pak cik kamu Bahari. Pak cik kamu Haji Yusuf. Pak cik kamu Mahmud. Jumpa juga Haji Abdul Wahab, jiran kita. Beritahu depa, kamu nak pergi belajar di sabak. Minta restu dan doa depa.” - Ayah.

“Luas kebun dan bendang sukar hendak ditambah, tetapi dengan ilmu seseorang boleh memiliki serta menguasai alam yang luas ini.” - Pak Cik Bahari.

Perubahan tidak memerlukan nostalgia masa lampau, tetapi bagaimana kita mempersiapkan diri menangani keperluan-keperluan hidup dalam persekitaran serta teknologi yang baharu. Manusia beradab tinggi menyelesaikan sengketa di meja rundingan, sementara orang gasar menyangka penyelesaian dapat dicapai melalui pertumpahan darah.