TONIL PURBAWARA: SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Shahnon Ahmad
Judul: Tonil Purbawara: Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Pengarang: Shahnon Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 333 Halaman
Cetakan Pertama: 2007
ISBN: 9789836293633
"Perjuangan kita cukup mudah," ulangi al-Falah, "Kita bertolak dari hati. Bukan dari perut yang ingin makan banyak-banyak. Bukan dari mulut yang ingin bercakap banyak-banyak. Bukan dari nafsu yang ingin berkuasa banyak-banyak. Kita selesaikan urusan hati. Dan yang lain akan selesai sendiri."
Kata-kata sama yang digunakan oleh Etek dan Waluku demi memancing hati jemaah yang semakin tidak pasti siapa sebenarnya yang patut dijadikan kiblat. Terpesona dengan istiqamah itu, jemaah yang goyang hatinya mula berpaling. Namun, tidak ada siapa pun yang tahu kata-kata itu sebenarnya milik al-Falah. Dan, al-Falah tetap dengan prinsipnya biarpun Etek dan Waluku sibuk bergendang dan berpencak. Baginya, perjuangannya hanya kerana ALLAH. Akan tetapi, siapakah pula al-Falah yang sebenarnya?
Tonil Purbawara, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.