KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

[BC] KARYA PIS Antara Anutan Tasawuf Yang Tercela - Shaykh Islam Abd Allah Ibn Qudamah Al-Maqdisi

RM 12.00

Tajuk: Antara Anutan Tasawuf Yang Tercela

ISBN: 9789672910138

Penerbit: Karya PiS 

Penulis: Shaykh Islam Abd Allah Ibn Qudamah Al-Maqdisi

Tahun Terbitan: 2022

Muka Surat: 84

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.130kg

Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 0.6cm 


 

Buku ini merupakan terjemahan bagi risalah yang ditulis oleh Muwaffaq al-Din Ibn Qudamah Al-Maqdisi, seorang tokoh ilmuwan Islam khususnya dalam bidang fekah. Risalah ini ditulis bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau berkenaan satu amalan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa mereka mengamalkan tasawuf.


Pengarang memulakan jawapan dengan terus menyatakan status orang yang mengamalkannya dan beliau kemukakan riwayat-riwayat para Salaf berkenaan amalan seumpama itu. Setelah itu, beliau menerangkan manhaj (metodologi) beragama yang benar yang perlu ditelusuri oleh sesiapa yang mahu masuk ke Syurga Allah ta’ala.


Tidak cukup dengan itu, beliau turut menerangkan hukum bermain atau mendengar seruling, gendang dan nyanyian. Setelah itu, beliau berbicara mengenai bahayanya memandang wanita bukan mahram dan amrad (budak lelakI comel yang berdagu licin). Beliau mengakhiri risalah dengan doa dan titipan nasihat yang sangat hebat, semoga Allah mengganjari beliau atas jasa dan baktinya kepada umat Islam.


Antara keistimewaan buku ini:

[1] Dalam bentuk dwibahasa Arab-Melayu yang membantu pemahaman dan pembelajaran bahasa Arab 

[2] Nota kaki yang memberikan nilai tambah dan kualiti 

[3] Disertakan status hadis yang memberikan kelegaan dan memudahkan urusan pembacaan dan penghayatan.

Powered by Froala Editor