[BC] PTS Melawan Kematian Menuju Keabadian: Mengapa Mesti Kita Takut Mati? Cukupkah Bekalan Yang Kita Bawa?– Dr. Ade Hashman
Tajuk: Melawan Kematian Menuju Keabadian
ISBN: 978-967-481-698-8
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dr. Ade Hashman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 308
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 22.8 cm x 15.2 cm x 1.5 cm
Buku yang menggabungkan elemen Islamik, falsafah, sains, dan inspirasi dalam membincangkan perihal kematian daripada perlbagai bidang ilmu. KEMATIAN adalah sebuah kepastian yang akan terjadi pada masa hadapan dan kepastian yang diterima oleh semua orang. Bahkan dalamk kalangan ateis sekalipun, fenomena kematian lebih diterima berbanding Tuhan yang dipandang abstrak. Jadi tentunya semua orang menerima fakta kematian tanpa perdebatan, sehingga Al-Quran turut menggunakan perkataan ‘yakin’ untuk menyebut kematian.
Banyak buku yang memperkatakan tentang kematian dengan tajuk dan pendekatan yang pelbagai. Namun, buku ini memberikan perbahasan dan pendekatan baharu dalam melihat kematian.
Sebagai pakar anestesia (bius), Dr. Ade Hashman memahami dan dapat menerangkan dengan terperinci tentang permulaan kehidupan daripada pembentukan tisu sel janin hingga fasa pertumbuhan dan kerosakan yang berakhir dengan kematian.
Buku ini mengupas secara ilmiah aspek kematian dan melengkapkannya dengan analisis falsafah, psikologi dan teologi, serta pengalaman empirikal Dr. Ade Hashman selaku penulis semasa merawat pesakit yang sedang menghadapi kematian.