[BC] PTS Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang Dan Intelektual - Zhaenal Fanani & Dzulkhairi Mohd Noor
Tajuk: Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang Dan Intelektual
ISBN: 978-967-481-848-7
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Mohd Noor
Muka Surat: 321
Tahun Terbit: 2022
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (Kg): 0.432kg
Dimensi (Cm): 15cm x 23cm x 1.5cm
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK GENERASI PEJUANG DAN INTELEKTUAL MULIA
Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.
Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.
Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini:
- Abdullah Bin Mas’ud (Pembangun Jaringan Intelektual Islam).
- Mus’ab Bin Umair (Duta Intelektual).
- Amr Bin Al-As (Penakluk Mesir).
- Abu Zar Al-Ghifari (Revolus Anti Kemewahan).
- Huzaifah Bin Al-Yaman (Ejen Risikan Nabi).
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1
SAHABAT PENERUS LEGASI KEILMUAN DAN DAKWAH NABI
BAB 1 -Abdullah Bin Mas’ud (594 M–652 M), Pembangun Jaringan Intelektual Islam
BAB 2 -Ammar Bin Yasir (566 M–657 M), Lelaki yang Dirindui Syurga
BAB 3 - Mus’ab Bin Umair (585 M–625 M), Duta Intelektual
BAB 4 -Bilal Bin Rabah (581 M–641 M), Muazin Pertama
BAB 5 -Khalid Bin Said (586 M–634 M), Penulis Basmalah
BAB 6 -Zaid Bin Thabit (611 M–665 M), Penulis Wahyu dan Setiausaha Nabi SAW
BAB 7 -Muaz Bin Jabal (605 M–640 M), Pemimpin Ulama
BAHAGIAN 2
SAHABAT PEJUANG BARISAN HADAPAN AGAMA
BAB 8 -Suhaib Bin Sinan (587 M–659 M), Pelopor daripada Bangsa Rom
BAB 9 -Abu Zar Al-Ghifari (590 M–653 M),Revolusi Anti Kemewahan
BAB 10 -Khabbab Bin Al-Arat (586 M–659 M), Simbol Pejuang Keimanan
BAB 11 -Ja’far Bin Abi Talib (589 M–629 M), Mujahid Pemilik Dua Sayap
BAB 12 -Khalid Bin Al-Walid (592 M–642 M), Saifullah al-Maslul (Pedang Allah Yang Menghunus)
BAB 13 -Amr Bin Al-As (583 M–664 M), Penakluk Mesir
BAB 14 - Salman Al-Farisi (568 M–655 M), Perancang Perang Khandaq
BAB 15 -Huzaifah Bin Al-Yaman (– 656 M), Ejen Risikan Nabi
BAB 16 -Abdullah Bin Rawahah (– 629 M), Penyair Perang
Daftar Pustaka