KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
USM Pddk Kesihatan.jpg

Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran + USB oleh Ang Chai Tin & Lee Lay Wah

RM 124.00

Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerapkan Pendidikan Kesihatan ke dalam Kurukulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melibatkan semua murid Tahun Satu aliran perdana. Walau bagaimanapun, Pendidikan Kesihatan tidak disediakan kepada murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP) baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu buku Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MOPEK) yang dibina berdasarkan dapatan empirikal daripada ibu bapa dan guru PKMP yang mencakupi semua aspek perkembangan kanak-kanak yang komprehensif, iaitu aspek kesihatan, kebersihan diri, keselamatan diri, perkembangan reproduktif manusia, kemahiran komunikasi, perkembangan sosiobudaya dan kerohanian telah dibina khusus untuk bakal guru dan guru PKMP bagi menyampaikan pendidikan seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia. Kandungan MOPEK dibina daripada dapatan kajian analisis keperluan pendidikan seksualiti dalam kalangan penolong kanan, penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran sekolah menengah dan ibu bapa. MOPEK juga telah melalui proses penilaian sumatif oleh komuniti berkepentingan yang sama. Kedua-dua kajian empirikal tersebut telah berjaya melengkapkan MOPEK dengan maklumat dan kemahiran seksualiti yang benar-benar diperlukan oleh murid-murid bermasalah pembelajaran.

MOPEK membekalkan 24 topik dan 48 tajuk pendidikan seksualiti yang komprehensif. MOPEK menolong murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam dimensi perkembangan manusia, kemahiran personal, kemahiran hubungan, tingkah laku seksual, kesihatan seksual, serta dimensi seksualiti dalam budaya dan masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat menolong murid melindungkan diri daripada penganiayaan seksual.

Keseluruhan MOPEK menitikberatkan pendekatan pengajaran pendidikan khas, iaitu kaedah memodel, membimbing dan mencuba yang melibatkan kedua-dua pihak guru dan murid secara interaktif. Pengajaran dipersembahkan dengan cara yang konkrit, sistematik dan berfungsi. Tambahan lagi, modul ini juga sesuai untuk menyampaikan pendidikan kesihatan reproduktif yang asas kepada semua murid aliran perdana.

Setiap tajuk dalam MOPEK mengandungi:
1. Nota isi kandungan untuk bakal guru, guru, ibu bapa dan ahli terapi.
2. Rancangan Pengajaran Harian yang terperinci dan lengkap.
3. Bahan pengajaran teknologi (slaid Powerpoint, gambar, PDF) untuk mengajar di dalam pemacu pena USB.
4. Lembaran aktiviti untuk latih tubi.
5. Lembaran kerja dan kerja rumah untuk penilaian.
6. Cadangan jawapan untuk semua lembaran aktiviti, kerja dan kerja rumah.