BE ESHME ELOHIM. oleh Maszlee Malik[JEJAK TARBIAH]
RM 28.00
BE ESHME ELOHIM
Antara basirah (ketajaman hati) dan basar (penglihatan) – mana yang lebih dipercayai?
“Basirahmu telah memandumu sejauh ini, ia selari dengan ketulusan hatimu dan kemurnian jiwamu.”
Be Eshme Elohim merupakan medium penulis berbicara dengan jiwa-jiwa pembaca yang memerlukan sedikit simbahan rasa spiritual. Naskhah ini terlahir daripada inspirasi sebuah hadis, kisah tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan. Dia berimpian untuk menjadi ahli sihir agar dia dan ibu mampu hidup dalam kemewahan. Namun, pertemuan dengan “seseorang” telah mengubah kepercayaan hidupnya. Kini, dia sebaliknya berhasrat untuk mencari erti hidup sebenar dalam kejahilan raja dan masyarakatnya.
“Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu.”
NOVEL BE ESHME ELOHIN IALAH NOVEL PERTAMA DR MASZLEE MALIK YANG DIBERI SENTUHAN BARU OLEH JEJAK TARBIAH.
Be Eshme Elohim
Sang Penuntun Hati
Dr. Maszlee Malik
×
×
×