KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
BULAN DAN MENTARI.jpg

BULAN DAN MENTARI | Zaharah Nawawi

RM 17.00

Judul : Bulan Dan Mentari
Pengarang : Zaharah Nawawi
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 462 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296634

SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi sayembara ini, DBP menggalakkan golongan penulis tanah air memfokuskan pemikiran mereka tentang evolusi masyarakat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Melalui sayembara ini juga, karya para pemenang dapat dijadikan bahan bacaan dan kajian tentang masyarakat negara Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.

Bulan dan mentari bagaikan irama dan lagu; sentiasa bersama menyinari bumi. Bulan dan mentari saling memerlukan; ia saling memberi dan menerima sinarnya. Andai dipisahkan, gelap-gelita seluruh alam. Namun, bulan dan mentari tidak akan bersatu kerana ia beredar pada paksinya sendiri yang tidak akan menemui titik pertemuan.

     Demikian lumrah alam. Juliana dan Roma, umpama bulan dan mentari. Julianalah si mentari yang datang menyinari kehidupan Roma. Mereka saling mengasihi dan mencintai, tetapi hanya gelora rasa yang menjadi saksi. Juliana dan Roma menjadi lambang kejayaan bangsa Melayu. Mereka adalah segelintir manusia profesional yang berjaya membina empayar pembuatan kereta. Akan tetapi mereka manusia egois yang tidak mahu menyerah pada hakikat cinta, lalu kejayaan mereka dilukai oleh suatu percintaan yang tidak pernah terucap.

     Irama dan lagu, bulan dan mentari, Juliana dan Roma; semuanya seiring sejalan tetapi tidak pernah bersatu.