DARAH DAN AIR MATA: SIRI KUMPULAN CERPEN PILIHAN ABAD KE-20 | Keris Mas
Judul: Darah Dan Air Mata: Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20
Pengarang: Keris Mas
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre: Novel
Mukasurat: 245 Halaman
Cetakan Pertama: 2007
ISBN: 9789836293671
"Anak Melayu! Menjadi tentera Republik Indonesia?"
"Mengapa, hairankah nona anak Melayu menjadi perajurit tentera Republik Indonesia?"
"Saya tidak hairan, dan saya rasa Malaya satu bahagian daripada Indonesia Raya juga, tetapi tidak saya sangka semangat pemuda-pemuda Melayu akan sampai begitu tinggi."
Berani, itulah yang ingin diungkapkan dalam cerpen ini. Perajurit Melayu dianggap berani kerana sanggup mengorbankan nyawa sendiri dalam memperjuangkan tanah air. Pertempuran berlaku, meriam dan bom tangan berdentum-dentum membelah kesunyian, dan semangat perjuangan anak Melayu berkobar-kobar. Mereka tidak peduli dengan serangan musuh, dan terus maju dengan keberanian yang luar biasa.
Darah dan Air Mata, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Keris Mas memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.