EPILOG SEKEPING HATI | Nurul Salwa Abdul Muluk
Judul : Epilog Sekeping Hati
Pengarang : Nurul Salwa Abdul Muluk
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 329 Halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836297280
SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi sayembara ini, DBP menggalakkan golongan penulis tanah air memfokuskan pemikiran mereka tentang evolusi masyarakat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Melalui sayembara ini juga, karya para pemenang dapat dijadikan bahan bacaan dan kajian tentang masyarakat negara Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan.
EPILOG SEKEPING HATI
Farah tidak menyahut. Terharu benar hatinya sebaik sahaja menyedari latar belakang wanita warga emas berkenaan. Tidak disangka-sangka wanita yang disayangi sewaktu berjumpa di rumah warga emas, rupa-rupanya opahnya sendiri. Betapa sayu hatinya mengenangkan si opah tersisih oleh masa dan keluarga sendiri yang sepatutnya mampu menjaganya. Aduhai!
Pulau Pangkor lautnya dalam,
Sampan sekaki dihanyut ombak;
Kalau di ukur kisah silam,
Remuklah hati kerana sebak.
Epilog Sekeping Hati - Kisah seorang gadis bernama Farah menyiapkan tugasan penyelidikannya di rumah warga emas. Hasil daripada tugasan ini membawa kepada penemuan yang tidak disangka-sangka, bahawa Opah Sayang yang menjadi subjek kajiannya adalah nenek kandung Farah.