KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
hari-ketiga-belas-bulan-lima (1).jpg

HARI KETIGA BELAS BULAN LIMA | Zaharah Nawawi

RM 20.00

Judul : Hari Ketiga Belas Bulan Lima
Pengarang : Zaharah Nawawi
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 252 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834616892

Demi meneruskan kelangsungan hidup, dia berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengannya, di samping meneruskan pelajaran. Namun laluannya agak sukar dibandingkan kawan-kawannya. Sentiasa ada cabaran merentangin perjalanan hingga memaksanya mengalah pada keadaan. Akhirnya, dia memilih untuk menjadi wartawan. Malangnya, itu juga tidak begitu mudah. Dugaan yang datang ternyata lebih hebat. Hasad dengki yang ditabur telah mengheretnya hingga ke balai polis. Akan tetapi, dilepaskan kerana dia tidak bersalah.

     Bertemu dengan bayi berbangsa Cina yang ditinggalkan di atas tangga ketika rusuhan pada 13 Mei 1969, hidupnya mula berubah. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagaikan rutin baginya. Kerenah jiran tetangga yang pelbagai pula benar-benar menguji ketabahan yang pelbagai pula benar-benar menguji ketabahan dan kesabarannya. Dan, kemunculan orang tua kandung Meiyang setelah lama masa berlalu, itulah dugaan yang paling besar dalam hidupnya. Tuntutan mereka, menggusarkannya kerana anak itu terlalu disayangi.