KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
HATIMU AISYAH.jpg

HATIMU AISYAH | Zurinah Hassan

RM 13.00

Judul : Hatimu Aisyah
Pengarang : Zurinah Hassan
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 240 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789836223142

Sebuah novel "rakaman dekad" yang menggambarkan jurang generasi antara dua keturunan. Aisyah telah dididik secara tradisional yang segala-galanya mesti akur dengan norma-norma masyarakat dan orang tua-tua. Dua orang anak perempuannya "terkorban" kerana tidak dapat melawan norma masyarakat ini. Apabila membina keluarganya sendiri, suasananya sudah berubah. Anak-anaknya menyanggah "kebenaran" yang dipelajarinya dulu, bersoal jawab mengenai sesuatu yang meragukan, membantah peraturan adat yang mereka anggap lapuk dan usang. Semua tindakan mereka tidak pernah terlintas di hatinya apalagi untuk dilakukan pada zamannya dulu. Pada mulanya, sangat sukar dia menerima perubahan ini. Akan tetapi, akhirnya dia terpaksa mengikut arus pemodenan itu. Dia berjaya membina keluarganya walaupun semua anaknya tidak ada di sampingnya seperti yang diharap-harapkan. Semua persoalan ini diolah dengan satu gaya penceritaan yang lembut, indah dan menawan - satu gaya penulisnya yang unik, gaya Zurinah Hassan!