HIKAYAT GUL BAKAWALI
Judul : Hikayat Gul Bakawali
Pengarang : Siti Hawa Haji Salleh
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Kesusasteraan Melayu
Mukasurat : 144 Halaman
Cetakan Pertama : 2016
ISBN : 9789834903350
Buku ini dikatakan berasal dari Parsi. Ia kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Urdu (1702) dan seterusnya ke bahasa Melayu (1875). Hikayat Gul Bakawali mengisahkan seorang putera raja, Taju'l-Muluk, yang telah dibuang dari istana akibat tilikan ahlu'l-nujum yang meramalkan ayahandanya bakal buta sekiranya melihat wajahnya. Walaupun hidup terbuang di hujung negeri, namun 12 tahun kemudian baginda ditakdirkan bertembung dengan ayahandanya yang berburu di dalam hutan yang menjadi buta. Oleh kerana sakit tersebut hanya boleh diubati dengan bunga bakawali, maka dari situ bermulalah suatu epik perjalanan sang putera ke alam pengembaraan yang melangkaui dunia manusia.