KULIAH TERAKHIR (THE LAST LECTURE) | Randy Pausch
Judul : Kuliah Terakhir (The Last Lecture)
Pengarang : Randy Pausch
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre : Biografi
Mukasurat : 234 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789670892146
“Kita tidak boleh menukar kad yang kita dapat, tetapi boleh menukar cara kita mengerakkan tangan kita.” - Randy Pausch
Ramai profesor telah menyampaikan kuliah bertajuk “Kuliah Terakhir”. Profesor ini diminta untuk membayangkan kematian mereka dan merenungkan apa yang paling penting dalam hidup mereka. Ketika mereka berucap, khalayak pasti tidak dapat mengelak daripada memikirkan soalan yang sama. Apakah mutiara ilmu yang ingin disampaikan kepada dunia andainya kita mengetahui inilah peluang terakhir kita? Andai kata kita akan lenyap pada hari esok, apakah yang ingin kita tinggalkan sebagai warisan kita?
Apabila Randy Pausch, seorang profesor komputer sains dari Carnegie Mellon University diminta menyampaikan kuliah seperti itu, beliau tidak perlu membayangkan itu sebagai ceramah terakhirnya, kerana beliau baru sahaja di diagnosis dengan penyakit kanser yang boleh membawa maut. Namun kuliah yang disampaikan - “Mencapai Impian Zaman Kanak-Kanak” - bukan tentang menanti saat kematian. Kuliah ini memaparkan juga tentang memanfaatkan setiap detik (kerana “hanya masa yang kita ada… dan pada suatu hari nanti kita mungkin mendapati bahawa masa yang kita ada sebenarnya tidak sebanyak mana”). Ini adalah tentang kehidupan.
Dalam karya ini, Randy menggabungkan humor, inspirasi dan kebijaksanaan sehingga menjadikan kuliah beliau suatu fenomena dan menjadikannya sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Karya ini merupakan sebuah karya yang harus dikongsi bersama generasi akan datang.