KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0

KUMPULAN ESEI SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD: PABILA HUJAN TURUN | Shahnon Ahmad

RM 25.00

Judul : Kumpulan Esei Sasterawan Negara Shahnon Ahmad: Pabila Hujan Turun
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Esei
Mukasurat : 312 Halaman
Cetakan Pertama : 2015
ISBN : 9789834617332

Pabila Hujan Turun merupakan esei kompilasi kolum "Pabila Hujan Turun" tulisan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Shahnon Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera mulai Januari 2005 hingga Januari 2009. Tulisan-tulisan ini mengisi ruang pendek yang memuatkan sisi pemikiran Shahnon baik dalam menanggapi dunia kepengarangan beliau mahupun dunia kesusasteraan tempatan dan sejagat. Kompilasi esei ini bukan sahaja memuatkan pengalaman dan pemerhatian Shahnon dalam melihat kehidupan yang dipenuhi lambang dan tanda tetapi juga menghuraikan aliran dan gerakan kesusasteraan dunia yang mencorakkan sejarah.

     Melalui Pabila Hujan Turun, Shahnon menyajikan sebuah catatan kehidupan yang cukup luas cakupannya. Kata-katanya mengalir seperti sungai yang panjang dan berliku, penuh dengan segala peristiwa. Adakalanya seperti hujan yang menjunam, menikam hati pembaca dengan segala kisah dan kritikannya. Malah acap kali juga kata-katanya hinggap seperti embun yang hadir untuk menyedarkan tentang kesementaraan hidup di dunia; sekali gus memberi kedinginan takwa dalam hati sanubari pembacanya. Nyata, Pabila Hujan Turun adalah sungai, adalah hujan adalah embun yang mengisi makna untuk ditafsirkan.