MUHAMMAD HAJI SALLEH DI MATA KAMI | Rahimidin Zahari & Ridzuan Harun
Judul: Muhammad Haji Salleh Di Mata Kami
Pengarang: Rahimidin Zahari & Ridzuan Harun
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre: Sastera, Biografi/Memoir
Mukasurat: 161 Halaman
Cetakan Pertama: 2018
ISBN: 9789674607470
Muhammad Haji Salleh menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1991 dan Tokoh Akademik Negara pada tahun 2008. Beliau kini menjadi Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia. Muhammad ialah pencari teori dan falsaah yang tersirat dalam sastera dan ilmu tradisional tempatan. Dalam perjalanan ke sana beliau telah mengarang beberapa buah buku, termasuk Puitika Sastera Melayu (2000), Romance and Laughter in the Malay Archipelago (2006), Permata di Rumput Gilang: Sastera Sebagai Ruang Bangsa (2008), Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya (2013). Sementara itu beliau juga telah menerbitkan 15 buah kumpulan puisi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kumpulan terkininya ialah The Purple Desire of Island:Selected Poems (2016). Muhammad pernah mengajar di Universti Michigan, dan menyandang kerusi kajian melayu di Universiti Leiden, Netherlands. Beliau mendapat gelaran Fulbright, Volkswagen, Toyota dan British Council, dan sementara itu juga menjadi felo penyelidikan di Universiti North Carolina Stare, Universiti California, Berkley, Universiti Kyoto dan Universiti Harvard.