NURAN MUBINA. oleh Abdullah Bukhari Abdul Al-Hafiz[JEJAK TARBIAH]
Dalam menelusuri arus kehidupan, panduan yang benar amat didambakan. Lantaran itu, al-Quran diturunkan sebagai cahaya yang menerangi setiap langkah perjalanan manusia. Kitab agung ini bukan sahaja dipersembahkan dalam keindahan bahasa yang tiada taranya, malah sarat dengan keajaiban dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya.
Naskhah ini memuatkan pebagai perincian berkenaan sudut keajaiban al-Quran, antaranya:
– Perbezaan sujud kepada Nabi Adam a.s. dengan selawat kepada Rasulullah SAW.
– Iblis menjelma menjadi Suraqah?
– Nabi Musa a.s. yang budiman.
– Hukum fizik dan pemusnah Abrahah.
Dan banyak lagi topik menarik yang dibahaskan.
Dengan tafsiran yang bersendikan dalil al-Quran dan hadis, penulis memandu para pembaca untuk mendalami keajaiban al-Quran yang sememangnya membuktikan bahawa – inilah mukjizat terunggul yang pernah diturunkan buat umat manusia.