POLITIK PENTADBIRAN PERDANA MENTERI MALAYSIA oleh Iskandar Hasan Tan Abdullah et al.
RM 30.00
Genre politik pentadbiran kepimpinan utama kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah penting untuk difahami. Pemahaman kepimpinan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional telah membawa polemik persepsi yang membantu penambahbaikkan sistem politik pentadbiran di negara kini. Kesan legasi enam kepimpinan Perdana Menteri Malaysia terutamanya selepas kemerdekaan dan penubuhan Malaysia ke atas dasar politik pentadbiran negara telah mencorakkan satu iklim pemikiran politik rakyat Malaysia. Sama ada kesan tersebut membawa kebaikan atau keburukan, ia perlu dinilai dari segi sumbangan dan idea setiap kepimpinan. Selama lebih enam dekad, legasi setiap Perdana Menteri Malaysia berjaya membentuk kehidupan sosiopolitik dan sosioekonomi rakyat Malaysia. Fenomena ini mengakibatkan perubahan politik negara. Penulis mengharapkan pembaca akan lebih memahami legasi kepimpinan politik pentadbiran negara dalam melakarkan masa hadapan yang lebih baik. |
×
×
×