KAMI TERIMA PEMBELIAN DARI INSTITUSI DAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN L.O. HUBUNGI KAMI TERUS!
Cart 0
SEORANG PENYAIR, SEBUAH BENUA RUSUH.jpg

SEORANG PENYAIR, SEBUAH BENUA RUSUH: BIOGRAFI USMAN AWANG | Muhammad Haji Salleh

RM 55.00

Judul : Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang
Pengarang : Muhammad Haji Salleh
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Biografi
Mukasurat : 310 Halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9836287590

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap, yang menggalur alir kehidupan Usman, dari Tanjung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar, dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multibidangnya. Benang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya. Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu 'terlibat', Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman - sebelum perang, selepas perang, dan selepas merdeka. Tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi, dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar, dan semua yang ingin melihat makna sasterawan ini dan sastera di Malaysia.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritik kawan puisi, dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman - tidak kurang daripada 20 kali - untuk mengutip buah ingatannya. Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan, dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.


KANDUNGAN:

Penghargaan

  1. Bab 1 : Angin Asin Laut Johor
  2. Bab 2 : Seri Mersing dan Senamnya
  3. Bab 3 : Bandar Maharani dan Desanya
  4. Bab 4 : Di Melaka, Sejarah, dan Masa Depan
  5. Bab 5 : Ke Singapura, Dunia Baru
  6. Bab 6 : Kuala Lumpur dan Dunia yang Menunggu
  7. Bab 7 : Pengiktirafan
  8. Bab 8 : Proses Kreatif
  9. Bab 9 : Perjalanan Sastera
  10. Bab 10 : Kehidupan Keluarga
  11. Bab 11 : Daripada Teman kepada Teman
  12. Bab 12 : Usman Awang: Puisi dan Nama

Bibliografi

Indeks